Retreat Pelayan Belia Katolik HORNBILL Sarawak 2023

Kuching: Untuk julung kalinya, ministri pemimpin pelayanan belia Katolik Sarawak (Sarawak Youth Minister Retreat 2023) melakukan retreat bersama di peringkat Sarawak. Program ini bermula pada 11-14 September 2023 dihadiri oleh 20 peserta yang berasal dari keuskupan agung Kuching dan keuskupan Miri. Program ini dianjurkan oleh Kuching Archdiocesan Youth Commission yang diketuai oleh Fr Ramon Borja, SDB dan kolaborasi bersama YAST Group yang disampaikan oleh Puan Esther Law. Turut dijemput khas dari Filipina, Stephen Borja hadir untuk berkongsi dan menyampaikan ilmu dan pengalamannya kepada para pelayan belia. Program ini mensasarkan pelayan belia sepenuh masa dan ketua-ketua belia di peringkat paroki.

Insiatif untuk menjalankan retreat diperingkat Sarawak ini dilaksanakan hasil daripada penyataan Komiti Pelayanan Pemimpin Belia Katolik Malaysia (MCYMC) ya menyampaikan pentingnya sebagai pelayanan belia untuk “dijaga” supaya mereka boleh “menjaga lebih lagi”. Oleh sebab itu, sebagai resolusi dari perkara ini, retreat dan formasi pemimpin pelayanan belia dikelola di peringkat Semenanjung, Sabah dan Sarawak sebagai program tahunan.

Pengasas YAST Group, Puan Esther Law menyampai sesi bertajuk IMPIAN.

Kenapa HORBILL (burung kenyalang)? Burung kenyalang seperti yang kita ketahui merupakan lambang negeri Sarawak. Burung kenyalang juga diketahui bersifat setia, pengasih dan pemurah terhadap pasangan dan anak-anaknya. Terinspirasi dari injil Matius 6:26 Lihatlah burung di udara, yang tidak menyemai, atau menuai atau menyimpan hasil di jelapang; namun Bapamu yang di syurga memberinya makan. Bukankah kamu lebih bernilai daripada burung? Seperti burung enggang, diharap para pelayan pemimpin belia Katolik di Sarawak dapat mendekatkan diri dengan Kristus dan meniru-Nya dalam hidup, penyayang dan berkhidmat terutamanya golongan muda.

Empat sudut penting dalam Pelayanan Belia adalah termasuk Spiritual, Pertumbuhan diri, Pelayanan dan Solidariti (4 Corner of Youth Ministry @ 4S – Spiritual, Self-Growth, Service, Solidarity) menjadi intipati untuk retreat dan formasi pada sesi kali ini. Salah satu topik yang memberi impak kepada para peserta ada penerangan tentang pelayanan dimana melalui perumpamaan “ Orang Samaria yang Baik” 4 aspek penting yang perlu dititikberatkan iaitu KESEDARAN bahawa pentingnya untuk bersikap perduli tentang orang di sekitar kita. Kedua, BELAS KASIHAN. Dalam pelayanan sangat penting nilai ini agar kita dalam menyelami dan membantu orang yang memerlukan. Ketiga, TANGGUNGJAWAB BERTINDAK, bermaksud mengetahui apa tindakan yang perlu diambil dan kenapa pentingnya untuk melakukan tindakan. Dan terakhir, KOLABORARI, saling membantu dan bangun bersama sebagai anak Tuhan.

Program ada hari terakhir diakhir dengan misa kudus dan pemberkatan serta sesi penyampaian sijil kepada semua perserta. Kami ingin mengucap ribuan terima kasih kepada para penyampai, gereja-gereja serta pada donator yang telah memberi sokongan dan bantuan untuk memastikan retreat dan formasi ini berjalan dengan lancar. Semoga belia terus melayani dengan semangat dan sukacita Kristus!

Photo bersama di Union Yes Retreat & Training Centre.

Ditulis oleh Maria Amella (KAYC).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *