weNGABANG bersama PYM ST ANN
WeNGABANG bersama PYM St Ann, Kota Padawan
Kota Padawan: Pada 21 Jun 2025, KAYC atau Komisi Belia Keuskupan Agung Kuching telah berpeluang melawat atau ‘ngabang’ bersama dengan beberapa komiti PYM St Ann serta penasihat atau koordinator belia, Sr. Delicia Klumai, SSFS. Program ini diadakan di bilik mesyuarat St Clare di Gereja St Ann, Kota Padawan.
Program weNgabang anjuran KAYC merupakan sebuah insiatif untuk melawat para pemimpin belia di peringkat paroki, saling bertanya khabar, berkongsi pengalaman dan cabaran dari segi pelayanan belia serta mendapatkan informasi terkini berkaitan program di peringkat keuskupan Agung Kuching.
Program bermula apa petang itu dimulakan dengan saling memperkenalkan diri sesama KAYC dan PYM St Ann, diikuti dengan doa pembukaan oleh Fr Ramon Borja, SDB selaku pengerusi dan penasihat rohani belia KAYC. Pembacaan untuk renungan diambil dari peristiwa perjalanan ke Emmaus Lukas bab 24:13 -35.
Antara soalan yang dikongsikan pada petang itu adalah bagaimana perhubungan anda dengan ahli PYM sendiri. Gwyneta selaku pengerusi PYM St Ann berkongsi bahawa hubungan antara ahli PYM adalah sangat baik dan rapat. Walaupun masing-masing ada tugasan sendiri seperti bekerja atau belajar, mereka masih dapat berjumpa sekali sekala di gereja serta menjalankan aktiviti gereja bersama. Selain itu paderi paroki Fr Don Don serta penasihat rohani Sr Delicia juga sangat penyokong aktiviti yang dijalankan belia. Catherine Lee yang merupakan Bendahari PYM dan berkerja sebagai doktor di Hospital Umum Sarawak turut berkongsi bahawa, disebalikan kesibukan dia berkerja sebagai pengamal perubatan, kadangkala dia berasa bersalah kerana tidak dapat menyokong sepenuhnya untuk aktiviti PYM nanti dia berusaha untuk terlibat jika ada masa terluang. Melissa Andrea berkongsi bahawa kini dia merupakan pelajar kampus dan baru sahaja dilantik sebagai setiausaha PYM St Ann, dia masih lagi belajar untuk merapatkan hubungan dengan ahli PYM yang lain namun dia berusaha untuk memberikan pelayanan bagi ministri belia ini.
KAYC turut dikongsikan dengan maklumat terkini program PYM St Ann. Antara aktiviti tahun PYM iaitu St Ann Youth Day (SAYD) yang akan diadakan pada 12-16 September 2025 di pekarangan Gereja St Ann. Ketika ini PYM St Ann rancak mengadakan roadshow di peringkat zone dan gereja-gereja kampung untuk mempromosikan SAYD ini. Turut diadakan jamuan makan malam untuk mencari dana bagi menampung program SAYD ini. Jika seperti tahun-tahun yang lepas seramai 1000-2000 peserta dari paroki St Ann dan luar St Ann akan menyertai program 6hari ini.
Session WeNgabang selama hampir 3jam ini ditutup dengan doa yang diketuai oleh Sr Delicia, SFSS.
Dikarang oleh: Maria Amella (KAYC)