weNGABANG with PYM St Theresa

Serian: Pada 18 Oktober 2025, KAYC telah mengadakan pertemuan bersama dengan beberapa ahli PYM St Theresa Serian. Program ini diadakan di KFC Serian Baru yang dihadiri 7 orang ahli PYM St Theresa Serian bersama deng sekretariat KAYC. 

Program weNgabang ini bertujuan sebagai satu usaha dari KAYC sekretariat untuk berjumpa, berbincang dan memahami situasi semasa PYM(Parish Youth Ministry) di setiap paroki.  Program bermula dengan pengenalan bersama KAYC dan para PYM. PYM Serian telah menjalankan pemilihan ahli jawatankuasa yang baharu pada bulan Ogos 2025 yang lepas. Pada ketika ini, Walter anak Anis telah dilantik sebagai Pengerusi PYM yang baharu bagi sesi 2025-2027. Saudari Stephanie Mandy kekal sebagai timbalan pengerusi untuk sesi ini. 

Antara cabaran yang PYM hadapi adalah kawasan paroki St Theresa Serian merupakan paroki terbesar di Keuskupan Agung Kuching. Belia dibawah paroki ini terdiri dari bidayuh Bukar-Sadong dan Iban. Bagi memudahkan pengurusan belia, mereka membahagikan kelompok kepada beberapa zon dan memiliki ahli jawatankuasa sendiri. Selain, akibat jarak yang jauh antara ahli PYM, menyukarkan perjumpaan dijalankan. 

Antara sumbangan PYM St Theresa Serian, membantu dalam misa kudus bahasa Malaysia pada setiap hari Ahad jam 5 petang. Selain itu mereka juga membantu di gereja kampung masing-masing. Walaupun mereka merasakan program PYM tidak sebanyak tahun- tahun terdahulu sebelum COVID, namun mereka berharap pada masa hadapan mereka dapat berusaha lagi untuk menjelajah dan bertemu belia di peringkat kampung-kampung. Mereka turut menjemput KAYC sekretariat untuk menyertai program “Belia Masuk Kampung” ini. Mereka juga berharap agar paderi di paroki, majlis pastoral paroki dan umat St Theresa Serian dapat memberi sokongan terhadap program belia yang akan dijalankan. 

Dari KAYC, kami berharap pada masa hadapan, kami dapat bertemu lagi dan membantu PYM St Theresa terutama untuk pembangunan iman belia. Program apa hari tersebut diakhiri dengan kata-kata semangat dari Fr Ramon Borja SDB, “…Jangan kerana cabaran ini, kita berhenti melayani, teruskan apa yang boleh dilakukan, usaha kecil anda amat bermakna bagi belia yang anda jumpa dan Tuhan akan terus memberkati hidup anda. “

Ditulis oleh: Maria Amella (KAYC)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *