DARI SINTANG KE KUCHING: PERSAHABATAN IMAN MERENTAS SEMPADAN

KUCHING, 9 Disember 2025 – Seramai 16 Orang Muda Katolik (OMK) bersama 2 orang paderi dari Paroki Katedral Sintang, Kalimantan Barat, Indonesia telah mengunjungi belia dari Keuskupan Agung Kuching. Alumni KAYA Main Committee telah menganjurkan program Friends, Faith, Fellowship (3F) dan telah menjemput belia dari kumpulan belia dibawah naungan paroki St. Joseph Katedral Kuching. Antara kumpulan belia yang terlibat adalah Empowered Ministry, Flame Youth Ministry, belia dari Gereja Our Lady Star of The Sea, Alumni KAYA yang lain dan belia aktif paroki. 

 

Objektif utama program ini adalah untuk membina persaudaraan serantau yang bermakna, antara belia dari Keuskupan Agung Kuching dan belia dari Paroki Katedral Sintang melalui perkongsian iman iaitu dengan soalan renungan, apakah “Harapan” anda sepanjang musim adven?, jamuan persaudaraan, nyanyian bersama dan perkongsian budaya yang melibatkan interaksi, identiti dan tradisi serantau (Malaysia-Indonesia). Mereka juga berpeluang untuk melawat History Gallery Keuskupan Agung Kuching dan merayakan misa harian di Holy Family Chapel, ACCPC. Misa tersebut telah dirayakan oleh Romo Ardianus & Romo Leo.

 

Berikut merupakan maklumbalas dari OMK Paroki Katedral Sintang:

 AKAYA, sebagai teman baru, dengan senang hati menemani kami menjelajahi setiap sudut indah Kota Kuching. Meski baru bertemu, kedekatan kami terasa seperti persahabatan yang sudah terjalin selama satu dekade. – Angela Febriana

 Pengalaman saya bersama AKAYA sangat berkesan. Terima kasih atas sambutan hangat dan pengalaman berkeliling Kuching. Semoga kita dapat berjumpa kembali di lain waktu. – Edo Oberlando

 Kamu mesti baca dengan nada berpantun,
Petik delima di waktu siang,
Disimpan kemas di dalam peti.
Ke Kuching bersama OMK memang seronok dan senang,
Mengeratkan silaturahim, penuh gelak tawa dan memori di hati” – Sovia Cen

Melalui program Friends, Faith, Fellowship (3F), kita dapat melihat bagaimana persahabatan yang diasaskan pada iman mampu menyatukan belia walaupun dipisahkan oleh jarak dan budaya. Walaupun masa bersama agak singkat, persaudaraan yang terjalin terasa begitu bermakna. Dalam semangat Adven yang penuh pengharapan, pertemuan ini mengingatkan kita bahawa Orang Muda Katolik dipanggil untuk berjalan bersama dalam sinodaliti, saling menyemangati dan membawa kasih Tuhan ke mana sahaja kita pergi. Diharapkan persahabatan ini akan terus berkembang dan menjadi permulaan kepada lebih banyak pertemuan dan kolaborasi akan datang.

 

Gambar-gambar

Link google drive: https://drive.google.com/drive/folders/13e-e1VgdJcvrYg2gmw96jD04JyefyTOf?usp=sharing 

 

Foto Alumni KAYA dan Orang Muda Katolik (OMK) Paroki Katedral Sintang bersama Romo Ardianus Diri dan Romo Leo Rigby.

 

“Porta Sancta” di Gereja St. Peter, Kuching

 


Misa Harian yang dirayakan oleh Romo Ardianus Diri dan Romo Leo Rigby.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *