KCM Weekend Hangout 2023

Gambar berkumpulan selepas Misa Kudus pada hari terakhir Bersama Fr Ramon Borja dan seminarian

Kota Padawan: Kuching Campus Ministry (KCM) telah menganjurkan Kuching Campus Ministry Weekend Hangout 2023 (KCMWH) pada 3 hingga 5 November 2023 di St Lukas, Kota Padawan.

Program hujung minggu julung kalinya dilakukan pada tahun 2022 telah mendapat sambutan positif dari kalangan pelajar kampus dan sekali lagi diteruskan bagi tahun ini. Pada tahun ini, kami telah menerima seramai 45 orang peserta dari pelbagai kampus termasuk UNIMAS, UITM kampus Samarahan 1 & 2, ILKKM Kuching, Politeknik Matang, IPG Kampus Batu Lintang.

Apakah ini KCMWH? Ianya merupakan program hujung minggu yang melibatkan pelajar Katolik dan Kristian dengan objektif untuk mengeratkan perhubungan diantara pelbagai kampus di Keuskupan Agung Kuching ini. Program ini disertai dengan input atau sesi yang boleh memberi manfaat kepada peserta merangkumi aspek spiritual (berdoa dan mendekatkan diri dengan Tuhan), pertumbuhan diri (kepimpinan dan pengetahuan), pelayanan (membantu sesama) dan solidarirti (perhubungan antara satu dengan yang lain.

KCMWH 2023 bertemakan Growth in Spirit (bertumbuh dalam Roh) dengan ayat alkitab diambil dari 1 Korintus 16: 13 “Berjaga-jagalah! Berdirilah dengan teguh dalam iman! Bersikaplah sebagai laki-laki! Dan tetap kuat! Lakukanlah segala pekerjaanmu dalam kasih!”. Objektif KCMWH 2023 adalah untuk pengukuhan doa dan peperangan rohani (deliverance) di dalam ministri kampus. Seterusnya, bagi memupuk kesefahaman dan mengeratkan hubungan persahabatan antara ministri kampus.

Pada hari jumaat, program dimulakan dengan sesi suai kenal ada peserta dan juga para ahli jawatankuasa yang bertungkus-rumus menjalankan program ini. Istimewa pada malam tersebut doa Rosario yang berjalan (walking rosary) dan pondok Bonda Maria yang dihiasi dengan lilin berbentuk rosary. Pada hari sabtu, program diteruskan dengan sesi perkongsian oleh Encik Alexis Bong dari Ministry of Holy Cross Healing and Deliverance bersama 20 ahli mereka. Sesinya amat membantu para peserta untuk lebih mengenali tentang spiritual welfare dan deliverance. Kami juga turut berterima kasih kepada pasukan ini kerena telah menyediakan sesi counselling kepada peserta program.

Gambar berkumpulan selepas Rosari berjalan "Walking Rosary", bersamaan dengan dekorasi lilin di Grotto, pada malam pertama

Selain itu, para seminarian yang menjalankan program pastoral turut membantu dalam sesi seperti lectio divina dalam kumpulan yang disampaikan oleh Br. Lincoln. Yang menjadi kesukaan para peserta pada malam tersebut adalah sesi diakhiri dengan doa malam dikelilingi dengan ungun api. Pada hari ahad, sesi terakhir yang disampaikan oleh Br. Patrick melalui kisah Perjalanan ke Emmaus dari Lukas 24:13-35.

Program ini diakhiri dengan Misa Kudus oleh Fr Ramon Borja selepas sesi terakhir pada hari terakhir program. Kami berharap semoga para pelajar akan terus melayani dan bersungguh untuk mengukuhkan iman sesama dalam kalangan ministri kampus masing-masing!

Antara testimony peserta:

“Malam Rosario dijalankan dengan lancar dan baik, dapat fokus dan kekal terjaga kerana doa dibuat sambil berjalan mengelilingi tempat terbuka St. Lukas. Suasana sepanjang malam Rosario amatlah menenangkan dengan dekorasi di Grotto yang perfect!”

“Saya suka sesi Growth in Spirit, dan sesi tersebut merupakan sesi yang paling diingati sepanjang
program”

“Unggun api pada malam tersebut adalah terbaik!”

Doa malam pada malam kedua dikelilingi unggun api

Ditulis oleh Christine Cyrill (KCM).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *