weNgabang bersama PYM St Jude Bunan Tebedu
Pada 20 June 2026, KAYC telah datang bertandang untuk program weNgabang bersama PYM St Jude Bunan Tebedu. Ini merupakan kali keduanya program weNgabang dijalankan bersama PYM St Jude Bunan terakhir kali pada tahun 2022.
Dalam semangat gawai yang masing berlangsung, program pada malam tersebut diadakan dirumah salah satu PYM mereka, rumah keluarga Vitalia Mikasa. Acara bermula sekitar jam 7:30 petang dan disambut dengan air tuak sebagai pembuka acara. Program diteruskan dengan makan malam bersama. Seramai 10 orang ahli PYM yang dapat hantar pada malam tersebut.
Selepaskan sesi pengenalan antara KAYC dan PYM, kami teruskan dengan perkongsian tentang cabaran yang dihadapi oleh PYM dan CYM di Paroki St Jude. Antara isu utama adalah, kesukaran untuk menubuhkan CYM (Chapel youth Ministry) di gereja- gereja kampung. Antara sebab yang dikenal pasti adalah kurang berminat untuk hadir ke gereja. Walaupun tidak ada internet di kampung, namun masih tidak menarik minat belia untuk ke gereja. Bagi menggalakkan belia menghadiri program PYM, semua gereja kampung di bawah paroki St Jude wajib mencari dan menghantar belia mereka, sekiranya tidak ada penyertaan, gereja tersebut perlu menampung kos program dengan bayaran RM100.
Untuk galakkan penyertaan belia di dalam program gereja dan PYM, gereja dengan inisiatif daripada paderi Paroki Fr Cornelius telah menjalankan beberapa inisiatif. Pertama, menggalakkan kolaborasi program bersama faith formator, Ladies Guild serta menggalakkan belia untuk membantu di sekolah minggu. Kedua, setiap umat yang telah menerima komuni pertama di gereja, perlu menyumbang RM1 kepada dana gereja untuk program di paroki seperti kem belia. Dengan inisiatif ini, boleh membantu mengurangkan yuran penyertaan belia.
Program pada malam tersebut diakhiri dengan doa malam bersama. KAYC berharap agar para pemimpin belia sedia ada teruskan perjuangan mereka untuk melayani Tuhan.
Ditulis oleh: Maria Amella

