KAYD 2023 – “Sukacita dalam Pengharapan”

Kota Sentosa: Komisi BelIa Keuskupan Agung Kuching (Kuching Archdiocesan Youth Commission) atau lebih dikenali sebagai KAYC telah menganjurkan Hari Belia Keuskupan Agung Kuching julung kalinya selepas kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2019. Program ini mendapat kolaborasi serta  kerjasama Ministri Belia Paroki  dan kumpulan belia (PYM & Youth Group) di bawah Keuskupan Agung Kuching.  Program ini telah dirayakan di Gereja Sacred Heart Kota Sentosa pada hari sabtu, 25 November 2023 dengan disertai seramai 250 orang belia dari pelbagai bangsa dengan memakai pakaian tradisional masing-masing bagi memberi sokongan untuk menjayakan program ini.  

 Sempena Hari Belia Sedunia yang ke 38 ini, Bapa Suci Fransiskus telah memberi tema Rejoicing in Hope atau Sukacita dalam Pengharapan yang diambil dari Surat Santo Paulus bagi umat di Roma 12:12.

Untuk pengetahuan semua, dari 2021 Bapa Suci menyarankan Hari Belia sedunia disambut setiap tahun di peringkat lokal iaitu keuskupan atau paroki semperna dengan Hari Minggu Yesus Raja Semesta Alam.

 Program Hari Belia Kuching ini dimulakan dengan sambutan alu-aluan dan sesi suai kenal yang dikendalikan oleh Koordinator Belia Katolik Kuching, saudara Julian Sim,  saudari Joan Lau dan Maria Amella selaku pengacara utama pada hari tersebut masing-masing mewakili bahasa Inggeris, Cina dan Malaysia.  Antara intipati yang disampaikan pada hari tersebut adalah mengambil mesej dari Bapa Suci Fransiskus bagi Hari Belia Ke- 38 tahun ini, beliau mengajak orang muda untuk mendalami fahaman mereka tentang Pengharapan sebagai Kristian dan menjadi saksi sukacita tentang Yesus yang hidup. Sambutan Hari Belia ini juga sebagai persiapan menuju Jubli bagi Orang Muda yang akan dilangsungkan pada Tahun Jubli 2025 di Rom dengan motto “Pilgrims of Hope” atau Peziarah dengan Pengharapan.

 Antara mesej menarik yang disampaikan oleh Bapa Suci Fransiskus,  kita harus memupuk harapan dalam diri kita kerana ada masanya percikan harapan ini mungkin akan terpadam akibat dari kerisauan, ketakutan dan tekanan yang kita hadapi setiap harinya.  Hembusan roh kudus boleh membantu kita dalam memupuk harapan ini melalui DOA. “Ketika tidak ada yang mendengar saya lagi, Allah masih mendengar saya.” (BENEDICT XVI, Spe Salvi, 32.) Beliau juga menyakinkan belia boleh menjadi saur atau suluh untuk memberi harapan kepada orang lain dengan iman yang kukuh, berakar umbi dalam realiti  serta peka terhadap keperluan saudara dan saudari kita.

 Program pada petang itu diteruskan dengan doa rosario yang diketuai oleh ministry belia kampus atau KCM dengan doa permohonan khusus untuk belia. Misa Belia sempena Hari Minggu Yesus Raja Semesta Alam dirayakan oleh bapa uskup Kuching Simon Poh. Belia menjemput  tiga orang anak muda untuk berkongsi harapan dalam hidup mereka. Berikut adalah kesimpulan dari perkongsian mereka.

 

Anak belia adalah penerus untuk pertumbuhan gereja. Belia perlulah bertumbuhan melalui aktiviti seperti penginjilan memupuk anak-anak untuk menjadi anggota gereja sejak kecil bermula dari peranan ibu bapa. Program di peringkat keuskupan seperti KAYD & KAYA juga membantu dalam membentuk iman belia kita. Kedua, dia berharap ibu bapa dapat memberi sokongan, galakkan dan kepercayaan kepada anak muda untuk menjalankan dan menyertai program mereka diperingkat gereja kecil, zon atau paroki. Ketiga, belia juga perlu berani menyahut panggilan Tuhan bukan sahaja panggilan sebagai paderi atau religius tapi menjadi pelayan di gereja tanpa mengira masa, tenaga dan wang ringgit. Mark Alyfrin Anak Dominick (Paroki Holy Spirit, Lundu)

Sebagai anak muda, kita seringkali mengalami cobaan, masalah, tekanan kehidupan kita. Entah itu datang dari kehidupan sebagai pelajar, pekerja, anak-anak di rumah. Kita juga mungkin pernah mengalami yang di mana kita bersemangat untuk melayani di gereja tetapi kita tidak mendapat dukungan dari ibu bapa atau orang-orang di sekeliling kita. Harapan saya kepada belia di luar sana, janganlah kita berputus-asa untuk terus melayani Tuhan. Kita terus memberi sokongan, idea, tenaga kita untuk membantu dalam pertumbuhan gereja. Tetaplah berdoa dan berharap kepada Tuhan.    Gabriel Fernandez Anak Stenlee (Paroki St Stephen Bau)

Sebelum pademik, dia terlibat dengan banyak aktiviti belia sehingga pernah terlintas untuk meninggalkan pelayanan dan fokus kepada kehidupan sendiri. Pandemik ini adalah berkat kerana dia dapat berehat dari tanggung jawab yang banyak. Beberapa bulan yang lepas dia juga mengalami kepenatan akibat dari pelayanan dan meminta seorang ahli ministri untuk berdoa baginya. Dia ditanyakan soalan ini: “Adakah anda yakin untuk melepaskannya? Biasanya apabila anda ingin melepaskan sesuatu, bermakna ia kurang memberi kesan kepada anda.” Pada masa itu, dia merasakan Tuhan bertanya kepadanya, “Adakah anda pasti mahu melepaskan Saya?”. Apabila ahli ministry membuat tanda salib di dahinya, air mata jatuh seperti paip air. Dan dia dapat merasakan api terbakar di tangan dan hatinya, itu adalah kali pertama dia mengalami kekuatan Roh Kudus secara fizikal. Dia mengakhiri perkongsiannya dengan menggalakkan orang muda, jangan takut walaupun anda merasa seperti menyerah atau putus-asa, tetapi jangan pernah kehilangan harapan kepada Tuhan.            Kelvin Ting (Paroki Holy Trinity, Kenyalang)

KAYC ingin merakam ribuan terima kasih terutama kepada Rektor Gereja Sacred Heart Fr Felix Au dan komunitinya kerana sudi menjadi tuan rumah  dan membantu dalam menjayakan KAYD2023. Terima kasih juga kepada kumpulan belia dari pelbagai paroki dan ministri di bawah keuskupan agung Kuching yang mengambil bahagian dalam misa belia koir & muzik, tim live streaming, komentator, tim perarakan masuk, warden, teknikal dan orang perseorangan yang mendoakan kejayaan KAYD 2023.

 Jumpa lagi di KAYD 2024  14-16 September 2024. “Mereka yang berharap dalam Tuhan akan berlari dan tidak akan penat.” (Yes 40:31)

 Disediakan oleh: Maria Amella (KAYC)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *